Sekira kau mahu melihat nasibku
Tuahmu di daun yang berdaki
Sembari kau meragui destiniku
Cayakan takdir tak semesti jadikan aku
Seorang insan fatalis yang pesimisif
Bagaikan bangkai bernyawa
Pelacur yang serba salah menyusukan
Semakin hari ku semakin pasti
Kau masih tak memahami erti
Yang selalu kau perdagangkan