Lagu request sedang berjalan…
Ada yang datang minta lagu
Katanya lagu untuk kenangan
Aku senyum sambil menunggu
Biar lagu yang jadi jawapan
Nak tegur sikit… aku tahan
Sebab malam ini aku faham
Biar muzik yang berbicara
Walau tangan nak capai mic
Walau mulut nak mula cerita
Aku tarik nafas perlahan-lahan
Ada yang komen, "DJ mana suara?"
Ada yang tanya, "Kenapa senyap?"
Aku bukan hilang, aku ada
Cuma lagu ini perlu ruang
Nanti chorus terus tak kedengaran
Jadi aku duduk sambil senyum
Menjaga mood dan perasaan
Walau tangan nak capai mic
Walau mulut nak mula cerita
Aku tarik nafas perlahan-lahan
Biar muzik yang berbicara…
Bukan aku tak mahu berkata
Bukan aku kehabisan cerita
Cuma bila lagu dah diminta
Kau dengarkan… aku diamkan
Bila lagu sudah penghujung
Barulah aku kembali menyambung!
Bila lagu sedang berbunyi
Biarkan muzik yang bercakap!
Terima kasih yang request…
Tapi kalau lagu dah habis…