Tuan British British dah pergi
Biar tinggal kita saja disini
Ini tanah air kita kita yang kena pertahankan
Rangka-rangka yang tiada beza
Langkahku ku teruskan jua
Pernahku ditinggal mereka
Takkan aku biar aku terleka
Ini tanah tumpahnya darah
Andai kelapangan bisa himpun di padang
Cara kita buat kita di pandang
Takda cara lain takda orang lain
Kalau buat hasil itu bukan main
Satu suara mungkin pudar sebilang
Itu sumpah warga berdaulat
Itu sumpah hidup martabat
Berpusing roda beralih masa
Capai mereka sampai merdeka
Sejengkal jarak mendatang
Sebelas yang menggalas tugas tugasan utama
Berbalas bedil bedil taktik bersalin purnama
Korban bukan kerna nama pertamanya sudah pasti
Mahu rasakan merdeka bekalan tuk generasi
Saat meracau dihati dikilas semangat waja
Taat yang setia mati demi dirgahayu Raja
Baja baja patriotik dibidik tusukan sivik
Jiwa raga yang si cilik ditarik dengan retorik baik
Di tanah ini juga tempat menyongsong arus
Maka usah dilupa usaha waktu tandus
Ketandusan idea bukan erti dah terkambus
Terkambus pada mata hanyalah seperti kabus
Kabusnya pasti hilang bukan bersilang panggung
Kumulusnimbus bilang semua kuasa Maha Agung
Biar puas berjuang elak dahaga sanjung
Biar sediakan ruang lepas merdeka dilaung
WRITERS
Lukman Hakim, Kmy Kmo, Azam Zalnal, Yaph, Jae Alba