Masih teguh masih berdiri
Masih disini masih sendiri
Aku rasa seperti sudah berkurun-kurun
Yang datang berduyun-duyun
Aku hampir menjadi majnun
Kerana laila aku asyik mengelamun
Setiap corak setiap tenun
Setiap langkah yang aku susun
Sedikit pun tak rasa gerun
Negeri Sembilan aku sudah
Kan ku bawa sampai ke mati
Banyaklah padi perkara padi
Padi lalang buahnya bernas
Banyaklah budi perkara budi
Budi orang takkan terbalas
Tak akan saya datang kemari
Bagailahmana hendak ku lupa
Orang luar kau anggap saudara
Apa lagi yang hendak ku kata
Antara budi dan juga jasa
Bumi dipijak langit dijunjung
Aku berserah rugi dan untung
Datangku untuk bersenandung
Masih teguh masih berdiri
Masih disini masih sendiri
Akan ku bawa sampai ke mati