Setidak tidaknya hatiku sudah mengakui
Cinta mengaburi asyiknya mengagumi
Mengejar masa moga sempat aku lalui
Menanggung harapan berperang dengan naluri
Kau misteri bukan ku damba wajah
Cuma mata terpanah akalku hilang arah
Akan tetapi sukar ku gambar rasa
Pandanganku jadi tak menentu
Buah fikiranku pecah seribu
Ku paksa hadapi dengan senyuman
Cuba bertahan penatku tiada keluhan
Di sini ku mahu engkau mengerti
Rasa kasih sayang tapi ku juga menyepi