Pergi dulu jika engkau mahu terus mara
Lepaskan takungan di kelopak matamu
Memang begitu hidup ini kadang-kadang menyedihkan
Seperti tiada yang sanggup hulurkan tangan
Kedut di wajah perlahan-lahan muncul (siang malam)
Siang malam titisan waktu menderu
Makin bercelaru buat ku gelisah
Diwarnai sang malam yang dahagakan sang purnama
Dia datang tanpa sebarang amaran
Berikan aku cahaya yang bisa menerangi malamku
Kedut di wajah perlahan-lahan mencari erti hidup
Kitaran yang tiada penghujungnya