Ku jalan sendiri, tiada tempat
Kusangkakan hujan tapi taufan
Datang melanda, ku mencari
Tanpa pegangan dan tersungkur
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Ku selimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru, di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
Bila kulihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Kusunting dirimu kan kugenggam
Bagai bungaku kau kan tumbuh
Ku jalan sendiri, tiada tempat
Kusangkakan hujan tapi taufan
Datang melanda, ku mencari
Tanpa pegangan dan tersungkur
Ku mencari bayangmu, tiada
Di langit biru, di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
Kau mekarlah wahaimu, bunga
Subur mewangi di dalam hati
Bila kau jatuh terus menyepi
Ku mencari bayangmu, tiada
Di langit biru, di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa