LyricFind Logo
LyricFind Logo
Profile image icon
Lyric cover art

Puncak

Apple Music logo
Deezer logo
Spotify logo
Lyrics
Dunia terbalik
Yang patuh kelu yang lantang makin naik
Kurnia dirabik
Yang acuh dulu sekarang makin cerdik

Usia diculik
Dari masa lalu saat laju berdetik
Angan dibidik
Moga tepis debu terkena yang si pekik

Ingin terbang tinggi
Harus sedia jika kau jatuh nanti
Ingin menggapai langit
Harus kuat berpegang pada janji

Lagu tekad seiring
Pastikan rima jalan dibimbing
Lirik alunan penting
Rentak mengusir runsing

Menarilah kau berpusing
Jika dunia mainanmu
Sedia ikut pijak lumpur
Jika lembut acuanmu

Jangan takut bila ajak main kotor
Nak berjaya kena handal
Siap siaga kena kental
Kalau lambat kena tinggal

Sekarang siapa pegang modal, dia pegang ajal
Ini hutan batu
Rimbanya konkrit jalan berpasir
Harapan dicatu

Timbulnya konflik kau kan diusir
Rata tanah gambut buat tanam ubi
Kelak hasil kongsi agih sama rata
Jangan disambut harap bila kau berbudi

Kelak dibiar jatuh baru padan muka
Puncak
Semua inginkan berada di puncak
Bila di bawah kau rela kan dipijak

Jika itu
Yang kau mahu
Harus kau terima
Dan kita

Terus mengatur jalan yang berbeza
Jika kau jujur mereka atur agenda
Ini dia arenanya
Kau harus terima

Bermain semua acara
Mencari adil tapi takkan dapat yang saksama
Dari sifat yang batil rona warna masih tidak sama
Mereka masih sedar hapus bila dengki

Sifat nampak pudar dek merakus bila maki
Kerjanya teliti usah ambil enteng
Kamu mudah diganti jika hanya angguk geleng
Bila di puncak duduk lama itu mahu

Yang selisih bahu tahu dia cuba dari dulu
Yang bara jadi abu
Digenggam jadi satu
Impian bantu sejak bangku belum lagi kubur

Bila tiba masa kuasa mutakhir akhir
Dia hadir nampak zahir tapi mahir lagak pandir
Mundar mandir kadang menyindir seperti zikir
Meniti di bibir fitnahnya sihir dibongkar bangkir

Semuanya yang fakir habis tersingkir
Fikir setiap bukti gali setiap sektor
Takdir datang bak petir sambar ruang vektor

Mesti pakai Mentor redah si gergasi
Kau nak main kotor atau jujur dalam diri
Kalau berani kau melangkah terus
Jangan lutut mengalah bila dipijak dan memijak

Kalau berani kau hendak menongkah arus
Jangan kau takut untuk bermegah dan bangga di Puncak
Puncak
Semua inginkan berada di puncak

Bila di bawah kau rela kan dipijak
Jika itu
Yang kau mahu
Harus kau terima

Dan kita
Terus mengatur jalan yang berbeza
Jika kau jujur mereka atur agenda
Ini dia arenanya

Kau harus terima
Bermain semua acara
Puncak
Semua inginkan berada di puncak

Bila di bawah kau rela kan dipijak
Jika itu
Yang kau mahu
Harus kau terima

Dan kita
Jika dunia mainanmu
Terus mengatur jalan yang berbeza
Jika lembut acuanmu

Jika kau jujur mereka atur agenda
Nak berjaya kena handal
Ini dia arenanya
Kau harus terima

Kalau lambat kena tinggal
Sekarang siapa pegang modal, dia pegang ajal
Bermain semua acara

Kalau lambat kena tinggal
Sekarang siapa pegang modal, dia pegang ajal

WRITERS

. MR SHAQUE

PUBLISHERS

Lyrics © OSM Berhad, Warner Chappell Music, Inc.

Share icon and text

Share


See A Problem With Something?

Lyrics

Other