LyricFind Logo
LyricFind Logo
Profile image icon
Lyric cover art

Senyuman Di Pagi Raya

Apple Music logo
Deezer logo
Spotify logo
Lyrics
Selamat hari raya aidilfitri mulia
Hari kita bahagia bersama riang gembira
Selamat hari raya aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta oh selamat hari raya

Hari bahagia menjelma lagi
Sanak saudara gembira disisi
Segak lawa di pagi hari
Keriangan mula bersemi

Senyuman mesra terlihat
Ketupat rendang terhidang sedia
Kunjung mengunjung jadi pengerat
Antara hubungan manusia

Selamat hari raya aidilfitri mulia
Hari kita bahagia bersama riang gembira
Selamat hari raya aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta oh selamat hari raya

Mendapat jemputan daripada rakan rakan
Menyambut hari raya hari bahagia
Beramah mesra senyum ketawa
Keriangan terserlah bersama sama

Keceriaan di pagi raya
Gelak tawa beramah mesra
Ceria berbaju baru
Duit raya penuh disaku

Juadah beraneka rasa
Kuih muih hidangan utama
Warna warni bunga api
Indahnya sungguh di aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri mulia
Hari kita bahagia bersama riang gembira
Selamat hari raya aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta oh selamat hari raya

Selamat hari raya aidilfitri mulia
Hari kita bahagia bersama riang gembira
Selamat hari raya aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta oh selamat hari raya

PUBLISHERS

Lyrics © OSM Berhad

Share icon and text

Share


See A Problem With Something?

Lyrics

Other