LyricFind Logo
LyricFind Logo
Profile image icon
Lyric cover art

Fatalis (feat. 2Kangkata)

Apple Music logo
Deezer logo
Spotify logo
Lyrics
Buka mata, jangan sampai terlena
Apa guna jika tidak tahu makna
Buka mata, sudah cukup terlena
Cuba mula membina di dalam dunia nyata

Mula dari kosong yang sokong tolong mendorong
Si pembohong mula dipotong lalu jerit meminta tolong
Mat masa hampir tamat, semua masih dicatat
Bukan sahabat kalau engkau merasa tidak selamat

Ikut hati mati, ikut mata buta
Cari apa bukti, itu sudah pasti
Biar rupa biasa, seperti burung merpati
Tapi fikirannya pintar malar tegar walau dicabar

Hidup tidak kerana doa mati tidak kerana sumpah
Pasti ada yang istimewa disebalik setiap kisah
Walau senang ataupun susah, tetap cuba untuk mengubah
Walau lelah mencari arah jangan pasrah perjalanan bukan mudah

Jadi apa yang kurang, jika hidup rasa tenang
Jika ia berulang, hidup mula bergoyang
Apa yang akan datang boleh kah engkau bayang
Kau hanyalah penumpang sila siap siap untuk berperang

Buka mata, jangan sampai terlena
Apa guna jika tidak tahu makna
Buka mata, sudah cukup terlena
Cuba mula membina di dalam dunia nyata
Buka mata, jangan sampai terlena
Apa guna jika tidak tahu makna
Buka mata, sudah cukup terlena
Cuba mula membina di dalam dunia nyata

Kadang ku celik ku kadang buta
Jarang ku celik ku sering buta
Mata ku celik tetap meraba
Jalan nak balik ku kerap lupa

Semakin dekat ku semakin jauh
Semakin bangun ku semakin jatuh
Semakin kukuh ku semakin rapuh
Tak sempat tak dapatku raga di bunuh

Tunduk rukuk sujud dahi menyapa tanah
Lepas waktu balik galak mengumpul dosa
Lelah kalah ku mudah ku menyerah kalah
Sedar hari nie yok esok mula semula

Doa Dosa Dunia Dusta
Satu perempat saja, tiga berkali ganda
Ingat Hasrat Niat Taubat
Di pujuk ajuk sakat, di uji ejek kesat

Jalan nak balik ku gelap gelita
Bersepah noda menyapa nista
Berlampu suluh kurang cahaya
Ku nyala lilin di hembus jua Tekad membulat, kosong terlihat
Esok tak sempat lusa terlelap
Tulat tak lengkap tak siap-siap
Daya di siat di tunggang penat

Buka mata, jangan sampai terlena
Apa guna jika tidak tahu makna
Buka mata, sudah cukup terlena
Cuba mula membina di dalam dunia nyata
Buka mata, jangan sampai terlena
Apa guna jika tidak tahu makna
Buka mata, sudah cukup terlena
Cuba mula membina di dalam dunia nyata

WRITERS

Nur Balqis, Samsol Nahar

PUBLISHERS

Lyrics © O/B/O DistroKid

Share icon and text

Share


See A Problem With Something?

Lyrics

Other