Dengan nama yang maha esa maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Siap gerak gempur sedia rentak tempur redah onak lumpur maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak songsang askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang kuatkan benteng jangan ada yang berlobang
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua sakit pada luka akan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus kalau tidak ditepi berbogel tak berakal
Sabit kau umpama cahaya yang menyinari bumi ini
Kau umpama Hang Jebat yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata yang melindungi tanah ini
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah diorak tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan staffs dan buka kuda-kuda bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa bangkitlah nusantara
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus kalau tidak ditepi berbogel tak berakal
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Sakit pada luka kan pulih semula bangkit