Setelah lama tidak bersua
Di pagi hari raya hari yang mulia
Terdengar aku jeritan bonda
Memanggil semuanya di pagi raya
Kelihatan semua sedang bergembira
Ada yang sedang menjamu selera
Ketupat rendang di pagi raya
Membakar mercun tanda gembira
Setelah lama tidak bersua
Ketupat rendang sudah disajikan
Kuih raya sudah diberikan
Setelah lama tidak bersua
Ketupat rendang sudah disajikan
Kuih raya sudah diberikan
Terdengar salam di pagi raya
Ramai yang datang bersuka ria
Makcik dan pakcik sedang gembira
Melayan tetamu di pagi raya
Terlihat senyuman anak manja
Kerana berpuasa kini kita merdeka
Di pagi raya hari yang mulia
Setelah lama tidak bersua
Ketupat rendang sudah disajikan
Kuih raya sudah diberikan
Setelah lama tidak bersua
Ketupat rendang sudah disajikan
Kuih raya sudah diberikan