LyricFind Logo
LyricFind Logo
Profile image icon
Lyric cover art

Muzik Deviasi

Apple Music logo
Deezer logo
Spotify logo
Lyrics
Di ulik ritma jantung ku menari
Ritma ku berdegup mula dari hati
Jari atur sigma sigma sungguh sakti
Tubuh bergetar makin laju ikut nadi

Tubuh bergetar
Darah hip hop dalam nadi
Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menyanyi

Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menari
Tubuh bergetar
Mungkin hip hop sampai mati

Tuah atau jebat
Nak dipilih mana satu
Asyik nak berdebat
Buat apa pilih bulu
Mahu pilih bunga atau hantu dalam aku
Macam kamasutra lain teknik lain hantu

Tak perlu cemburu tak perlu terburu
Lebih baikkan berguru cari gali ilmu
Dengar cakap mama jangan asyik muka buku
Dengar cakap mama jangan acik sombong ilmu

Dulu akal pening bagurai hati runsing
Lirikku berbunyi mereka kata bau hancing
Kini berlari mungkin dulu dalam buai
Jangan terperanjat lihat bulan aku lambai

Aku bukan raja raja dalam diri
Aku hulubalang tak gentar pukau sakti
7 musuh diri ku sembur dengan jampi
Jampi wasiat atuk buat ubat sufi

Di ulik ritma jantung ku menari
Ritma ku berdegup mula dari hati
Jari atur sigma sigma sungguh sakti
Tubuh bergetar makin laju ikut nadi

Tubuh bergetar
Darah hip hop dalam nadi
Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menyanyi

Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menari
Tubuh bergetar
Mungkin hip hop sampai mati

Muzik deviasi
Kanan atau kiri
Mahu uncang emas atau suasa yang dicari
Stereo dah dilaras tidak cukup hanya kaji
Jadi ku susun macam kursif kriptologi

Aksara termetrai umpama bagai senjata
Diulik nafsu gersang sang maharaja
Jadi aku cuma perhati dan diam diri
Tunggu saat hati ku kan berkicau lagi

Tubuh ku bergetar aku rasakan di seru
Bunyi semboyan timur datang dalam aku
Usung 5 dinar harap tak disemu
Rupa hanya si luncai datang dengan labu

Masih ingat dulu cukup sukar buat lagu
Pernah diperah habis kering separuh baju
Dia bisik ikhlas ingin tolong bantu
Rupanya disuruh garu kurap dalam baju

Di ulik ritma jantung ku menari
Ritma ku berdegup mula dari hati
Jari atur sigma sigma sungguh sakti
Tubuh bergetar makin laju ikut nadi

Tubuh bergetar
Darah hip hop dalam nadi
Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menyanyi

Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menari
Tubuh bergetar
Mungkin hip hop sampai mati

Tolong jangan cemas tolong aku kemas
Gelas sudah pecah tapi tak siapa balas
Kaca retak yang dipijak itu aku hempas
Buat ubat geram bila aku makin rimas

Mula satu lagu tanya Luca Sickta
Dari coret cinta hingga hikayat sang raja
Tukarkan nawaitu ubah ikut cita rasa
Walau tuli lagu masih tetap cuba

Tanya sama munsyi apa maksud rumi
Tanya sama munsyi apa maksud jawi
Kanan atau kiri
Perkataan atau bunyi
Dia bilang kekalkan ikut gerak hati

Tubuh makin getar tubuh hilang sedar
Kadang tak siuman cari nada dalam aku
Nafas hilang segar mata makin pudar
Makin hilang jasad tenggelam di ulik lagu

Di ulik ritma jantung ku menari
Ritma ku berdegup mula dari hati
Jari atur sigma sigma sungguh sakti
Tubuh bergetar makin laju ikut nadi

Tubuh bergetar
Darah hip hop dalam nadi
Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menyanyi

Tubuh bergetar
Dengan hip hop ku menari
Tubuh bergetar
Mungkin hip hop sampai mati

WRITERS

SHAMEER ASHRAF B SHAHRUDDIN

PUBLISHERS

Lyrics © OSM Berhad

Share icon and text

Share


See A Problem With Something?

Lyrics

Other