Hati sayu tiba syawal menjelma
Terkenangkan wajah ayah dan bonda
Gema takbir berlinangan airmata
Ku pohonkan ampun maaf ayah bonda
Hati rindu bila takbir bergema
Merindukan syawal yang bahagia
Takbir syahdu pilu di dalam jiwa
Ku rindukan ke pangkuan ayah bonda di pagi hari raya
Oh Tuhan di manakah gantinya
Aidilfitri tanpa ayah bonda
Terbangkit rindu doa buatmu
Di pagi syawal yang mulia
Ayah dan bonda tiada bersama
Menyambut pagi syawal tiba
Di hari raya ku sambut duka
Ampun di pinta segala dosa
Oh Tuhan di manakah gantinya
Aidilfitri tanpa ayah bonda
Terbangkit rindu doa buatmu
Di pagi syawal yang mulia
Ayah dan bonda tiada bersama
Menyambut pagi syawal tiba
Di hari raya ku sambut duka
Ampun di pinta segala dosa