Apakah kau rasa apa yang kurasa
Sakit ini mencengkam tiada penghujungnya
Namun apa daya ku sebagai seorang hamba
Hilangnya kasih sayang darimu
Pintaku hanya untuk kau setia kepada
Permata-permata yang kau jaga ho
Apakah kau percaya pada ikrar cinta
Janji setia saksi mata engkau lafazkan
Namun apa dayaku sebagai seorang hamba
Pada cinta yang kabur masa depannya
Pintaku hanya untuk kau setia kepada
Permata-permata yang kau jaga
Semua derita sudah tercipta
Yang tinggal hanya sebuah kenangan
Puas sudah aku berdiam sahaja
Namun hati ini perlu kamu untuk cahaya mataku uh
Pintaku hanya untuk kau setia kepada
Permata-permata yang kau jaga
Pintaku hanya untuk setia kepada