Sepasang sudu di atas pinggan
Bersua dan menari bersama oh
Sepasang gelas terisi air
Diangkat dan diteguk malas
Mengapa kita terdiam sahaja
Sedangkan kita mahu yang serupa
Bangun dan pergi dari situ
Kerana ku takut wajahku berubah
Sepasang pemimpi penuh harapan
Berkongsi dan memberi tepukan oh
Sepasang hati diam berbekas
Bernyanyi dan berlagu merdu
Mengapa kita terdiam sahaja
Sedangkan kita mahu yang serupa oh
Bangun dan pergi dari situ
Kerana ku takut wajahku berubah
Bangun dan pergi dari situ
Kerana ku takut wajahku berubah