Tupai yang melompat pasti jatuh
Minda yang halus perlu diasuh
Tupai yang melompat pasti jatuh
Minda yang halus perlu diasuh
Tengok ukuran badan pelbagai bentuk
Cerita lain hati tersentuh
Tupai yang melompat pasti jatuh
Nak cari cara keselesaan yang kekal
Daya upaya sumber rezeki yang halal
Sifatnya macam ada yang tidak kena
Jadi niat sebenar seharus lah dipersoal
Tanda harga diri pon dah tak boleh dijual
Pisau dibelakang tak kisah mana terluka
Mahu diatas tanpa ambil langkah jauh
Makalah segala batas diputus lalu terlanjur
Dan habis terus telan keperitan yang dihadap
Cahaya dulu silau kini sudah jadi malap ah
Tupai yang melompat pasti jatuh
Minda yang halus perlu diasuh say
Tupai yang melompat pasti jatuh
Minda yang halus perlu diasuh
Tengok ukuran badan pelbagai bentuk
Cerita lain hati tersentuh
Tupai yang melompat pasti jatuh
Beribu sesalan dan alasan kau beri
Tak ketahuan tapi benda sudah jadi
Macam mana nak pastikan boleh dipercayai
Apa kau mahu malah apa lagi kau mencari
Tak terhirau kalau diri status tinggi
Yang dirisau sikap dan budi pekerti
Pergi tinjau individu dihormati
Kadang dekat Twitter ada lebih kredibiliti
Ramai yang mendekati ramai yang memerhati
Yang tidak bersalah silap hari berhati-hati huh
Harus terus mengenal pasti
Racun atau gula tangan mana jadi pemberi
Bidang diceburi tak fikir masak-masak
Ini lah lumrah dalam perlumbaan hidup
Lagi ke tak nak mula semula
Tupai yang melompat pasti jatuh
Minda yang halus perlu diasuh
Tengok ukuran badan pelbagai bentuk
Cerita lain hati tersentuh
Tupai yang melompat pasti jatuh
Tupai yang melompat semestinya akan jatuh