Selagi dirimu disampingku
Selagi diriku disampingmu
Buat segalanya hanya untuk kamu
Tatkala suara kotak hatiku berbunyi
Ku lemas atas dunia yang dikarang
Asyik tahanan diri yang cuma mahu bebas
Ah ruang waktu sewaktu jasadku lari dengan keadaan
Tanganmu memimpin tiap perjalanan
Sayangnya aku tabah kurangkah alasan
Yang dialas terpatri jadi kebiasaan
Keputusan sembunyi didalam samaran
Ungkapan lamaran hidup mati bersama
Terima tiap takdir merasa kita sama
Percaya kita walaupun drastic
Dan jika cinta kita dikenal bak lagu kasih
Dan ia ianya dicatat didalam bukuku
Namamu tidak asing diukir di jiwaku
Usah termangu diganggu wahai kasih
Tetap kutunggu tanpa buntu atau letih
Selagi dirimu disampingku
Selagi diriku disampingmu
Buat segalanya hanya untuk kamu
Tatakala suara kotak hatiku berbunyi
Di ruang lapang jiwa meski tidak bersunyi
Kerana ada sifatmu yang sentiasa menghuni
Temani dikala bumi asyik menghakimi
Cara menolak ikatan hubungan tempuhi tiap onak
Meskipun cedera kamu lawan lunak serentak
Kurang tinggi suara dan hayati tiap madah
Jika dijamin disisimu kan takat ku janji
Akan dipakat panji atas menara gading
Dan biar mereka perhati tiada yang setanding
Tiada apa yang dapat dibanding atas pertolonganmu
Jadi ku rela terima peluru dari sesiapa yang cemburu
Dan mula mengacu dan menarik picu
Demi cinta ku bantu meskipun
Selagi dirimu disampingku
Selagi diriku disampingmu
Buat segalanya hanya untuk kamu
Akan selalu daku ada bersamamu kasih
Akan selalu daku ada disisimu masih
Harungi segala cabaran halangan bersama
Harungi s'gala kesedihan dan rintangan bersama
Harap ia akan kekal hingga penghujungnya
Harap semuanya bukan sebentar sahaja
Tetapi jikalau ianya bukan ditentukan
Bersama selamanya harap engkau dapat terima
Meski kita belum tahu apa yang berlaku
Meski kita belum tahu apa yang menunggu
Selagi dirimu disampingku
Selagi diriku disampingmu
Buat segalanya hanya untuk kamu