Wajah memandang mata bertentang
Lalu kita berbalas senyuman
Dan ku genggam erat tangan
Dan hari ini kita langkah berdua
Percayalah wahai kekasihku
Akan kau ku sayang seumur hidupku
Patah tumbuh tidak mungkin terganti
Kerana kau hanya satu dalam berjuta bintang
Tiada siapa mampu mencintai
Terima kasih selalu percaya
Hanya kau yang wujud di sudut hatiku
Peneman hidup di syurga loka
Dan hari ini kita langkah berdua
Percayalah wahai kekasihku
Akan kau ku sayang seumur hidupku
Menuju gerbang bahagia yang tercipta buatmu
Tiada siapa mampu mencintai