LyricFind Logo
LyricFind Logo
Profile image icon
Lyric cover art

Gema Bumantara

•

2025

Hujung Bumi

Apple Music logo
Deezer logo
Spotify logo
Lyrics
Cakap siang baik berpandang-pandang
Cakap malam baik dengar-dengar
Akhir kalau takut-takut kau tenggelam
Di mamah kata-kata sendiri

Sarang tebuan janganlah diganggu
Sarang sendiri diusik tak mahu
Akhir kalam takut ada yang mencengkam
Dendam lama masih ia dipendam

Ke hujung bumi
Kau menanti-nanti
Bak ruhul suci
Mata yang memerhati
Dan bibir-bibir yang berduri-duri
Binasa di akhir nanti

Diam diam jangan sebarang salam
Takut menyala api yang terpadam
Dan akhir kalau takut jiwa kau dicengkam
Dendam lama masih ia dipendam

Ke hujung bumi
Kau menanti-nanti
Bak ruhul suci
Mata yang memerhati
Dan bibir-bibir yang berduri-duri
Binasa di akhir nanti

Ke hujung bumi
Kau menanti nanti
Bak luhur suci
Mata yang memerhati
Dan bibir bibir yang berduri duri
Binasa di akhir nanti

Kata-kata dusta penuh berbisa
Kerana kata hatikan binasa
Kata-kata dusta penuh berbisa
Kerana kata hatikan binasa

Akhir kalam takut ada yang mencengkam
Dendam lama masih ia dipendam

Ke hujung bumi
Kau menanti-nanti
Bak ruhul suci
Mata yang memerhati
Dan bibir-bibir yang berduri-duri
Binasa di akhir nanti

Ke hujung bumi
Kau menanti-nanti
Bak ruhul suci
Mata yang memerhati
Dan bibir-bibir yang berduri-duri
Binasa di akhir nanti

WRITERS

Affan Mazlan, Danish Norr

PUBLISHERS

Lyrics © Universal Music Publishing Group

Share icon and text

Share


See A Problem With Something?

Lyrics

Other

More From This Album

Lyric cover art

Gema Bumantara

2025