Terangilah hati hamba ini Tuhan
Kerana ku lihat sebutir bintang
Bintang yang ku lihat kurniaan Tuhan
Syukur ku lihat sang suria
Ku baca ku lihat cintanya
Kerana ku lihat jalan ke syurga
Cinta ku lihat bawa ku ke sana
Dengarkanlah cinta hamba milik ia
Ku lagukan syair ini dengan suci
Dengarkanlah cinta hamba milik ia
Ku lagukan syair hamba dari jiwa
Syukur ku lihat sang suria
Kerana ku lihat sebutir bintang
Bintang ku lihat kurniaan Tuhan