Bulan dingin segan bercahaya
Kan ku seru sang bintang berlabuh
Jika badai merebahkan layar
Dipisah arus terkaram bahtera
Kan ku selam lautan gelora
Demimu ku bertarung nyawa
Dirgahayulah kasih kau dan aku
Dikurnia mahligai teragung
Bertakhta di singgahsana cinta teragung
Jika ragu di halaman hati
Izinkanku menzahirkan janji
Selagi hadir senja bersilih fajar
Kau ratuku hingga ke akhirnya
Dirgahayulah kasih kau dan aku
Dikurnia mahligai teragung
Bertakhta di singgahsana cinta teragung
Kaulah satunya kekasih syurga
Bersemayam di istana cinta
Dirgahayulah kasih kau dan aku
Dikurnia mahligai teragung
Bertakhta di singgahsana cinta teragung
Dirgahayulah kasih kau dan aku
Dikurnia mahligai teragung
Bertakhta di singgahsana cinta teragung