Bersama melangkah seiringan
Ku pimpin kau sepanjang jalan
Aku terlupa kiranya insan
Hasrat dan rasa berlainan
Ku berpegang pada harapan
Kau kian sukar aku dekati
Mana lenyapnya kesalingan rasa
Yang termateri antara kita
Apa mungkin di garisan ini
Kan terpisah harapan dan mimpi
Kau kian sukar aku dekati
Mana lenyapnya kesalingan rasa
Yang termateri antara kita
Apa mungkin di garisan ini
Terpisah harapan dan mimpi
Aku terlupa kiranya insan
Hasrat dan rasa berlainan
Ku berpegang pada harapan