Menatap langit luas yang tak berpenghujung
Ku lihat ku gambar sebuah dunia yang sempurna dan tiada celanya
Tiada miskin dan derita kedaifan bukan punca dia dihina
Tetapi perangi amarah yang memulakan peperangan itu sendiri
Bagaimana gerangan tercipta
Dua jurang yang sangat berbeza
Yang fitrah yang indah sebalik pemusnah yang hauskan darah
Ku pinta pada Yang Maha Esa sinari hidayah buat mereka
Yang buta yang suka menghapus melupus segala yang benar
Ada hikmah ada kisah ada nilainya
Senyuman si kecil yang suci
Nilaikanlah ia sebesarnya dunia
Kerana ianya warisan yang akan menentukan hala tujuan
Kita tangisannya perlu dihenti selamatkannya untuk dirimu
Luangkan sesaat jelaskan segala yang dapat kau lihat
Bagaimana gerangan tercipta
Dua jurang yang sangat berbeza
Yang fitrah yang indah sebalik pemusnah yang hauskan darah
Ku pinta pada Yang Maha Esa sinari hidayah buat mereka
Yang buta yang suka menghapus melupus segala yang benar
Ada hikmah ada kisah ada nilainya
Ada hikmah ada kisah ada nilainya
Di dalam mencari Erti kehidupan semoga terus berjuang
Mendekati memahami menghalusi dirimu sendiri oh
Segala tercipta ada hikmahnya
Ku akui kebesaranNya hm yeay