Mata pena ini tidak mungkin dapat menggambarkan
Sudut mata mereka yang dalam peperangan
Jika dapat dituliskan sebagai renungan
Betapa susah hanya untuk mencari kedamaian
Dari hipokrasi hingga yang menipu diri
Menggunakan posisi untuk kepentingan diri
Sampai bilakah kejahatan kan menghantui
Jawapannya ada hanya ia tersirat di hati
Titisan air mata yang jatuh ke bumi tersirat seribu erti
Hanya kelembutan jarimu yang menutup melindungimu
Deru angin mengusap rambutmu ibarat ibu yang kau perlu
Tapi sampai bilakah ia kan jadi temanmu
Damai hati yang selama ini ku cari masih tiada pengganti
Tuhan tolong tunjukkan mereka pintu langit
Keadaan di dunia semakin sengit
Perbalahan banyak mengambil tempat
Sebilangan pemimpin mahu menunjuk hebat tanpa menyedari apa akibat
Ke atas muslihat mereka dan musibah yang menimpa
Dan hidup tanpa perlu berperang aku inginkan
Kehidupan masyarakat sepakat setiap orang berperanan
Katakan tidak kepada peperangan
Dirimu ibarat sehelai kain putih yang hanyut di padang tandus
Tiada bezanya kau umpama dahan yang sedang merapuh
Keringat yang mengalir dari ubunmu bak seputih salju
Oh Tuhan tolong kurniakanlah damai dan petunjukmu
Damai hati yang selama ini ku cari masih tiada pengganti
Bencana dunia angkara manusiakah
Apa yang dicari di bumi yang tak berdosa
Kisah anak yang celik mata tidak berkeluarga
Keperitan melahirkan cahaya mata hilang sekelip mata kerna nafsu celaka
Nak dibina neraka dengan kuasa-kuasa kuku besi yang tak berperi kemanusiaan
Terhadap insan-insan yang perlukan keamanan
Nyah kau dari bumiku nyah kau dari belenggu
Yang menghantui tidur tidur yang tak lena
Sepanjang kau berada tak henti kau menelan darah
Darah yang mengalir di tanah air mereka sendiri
Laungkan keamanan laungkan ke dunia
Bersatulah hentikan kemusnahan ini
Tangisan dan jeritan insan terpapar di kaca media
Ku tersedar dalam krisis negara dunia ketiga
Kepedihan mereka rasa jua ku turut terasa
Laungan mentera Tuhan yang Maha Besar berkuasa
Situasi huru-hara mengalirkan air mata
Laksana air dalam sekali pasir akan berubah
Mana hilang keamanan mereka yang dijanjikan
Asyik bertukar tangan dendam lama tak kehabisan
Bersama kita membina semula
Hentikanlah (hentikan diskriminasi)
Hapuskanlah (hapuskan peperangan)
Hentikanlah (hentikan polisi)
Hapuskanlah (hapuskan kekejaman)
Hentikanlah (hentikan kesedihan)
Hapuskanlah (hapuskan korupsi)
Hentikanlah (hentikan penyeksaan)
Hapuskanlah (hapuskan kejahilan)