Masih kunantikan sehingga kini
Penamatnya rinduku umpama tiada
Tersimpul kenangan sepanjang masa
Waktu detik selari ditemani bayang
Engkau hilang dalam terang
Gerhana ke seluruh panca inderaku
Dalam laluan liku mekar berduri
Sumpah dan janji kan tetap kupegang
Lautan api seteru cekal kurenangi
Kerana kasihku teguh untukmu
Yakin engkau di situ kan menghampiriku
Engkau hilang dalam terang
Gerhana ke seluruh panca inderaku
Dalam laluan liku mekar berduri
Di hatiku kau segar selamanya
Walau tiada lagi kau jelma di mimpiku
Ku masih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi
Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiap madah kuselitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi
Dalam gelap taman yang sepi
Di hatiku kau segar selamanya
Walau tiada lagi kau jelma di mimpiku
Ku masih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi
Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiap madah kuselitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi oh